Pada tahun 1983, Sistem
Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR).
Kurikulum ini merupakan satu usaha memberi fokus pada kemahiran 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Program pemulihan disediakan bagi membantu murid
mengatasi masalah kelemahan khusus dalam pembelajaran dalam penguasaan 3M.
Kumpulan yang tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran ini akan dicalonkan ke
kelas pemulihan.
Terdapat beberapa pandangan
mengenai definisi “ Pendidikan Pemulihan” . Menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme of Educational
Innovation for Development (1987), pengajaran pemulihan ialah ‘a process in which children with learning
problems are given practical alternatives and effective approaches (programme)
in education.’ Menurut Chua
(1977), pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk
membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang
kecil bilangan muridnya. Menurut Koh Boh Boon (1982), konsep program pendidikan
pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan
pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid
lambat, iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai pembelajaran berbanding
dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian
pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang
sepatutnya.
Dalam buku Garis Panduan
Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas, pengajaran pendidikan pemulihan
khas adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas
3M. Program Pendidikan Pemulihan lebih
menjurus kepada memenuhi keperluan murid-murid yang gagal mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas biasa.
Sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia ialah memastikan semua
murid-murid Tahap 1 menguasai kemahiran-kemahiran 3M. Kaedah pelaksanaan yang
sistematik seperti pecalonan, ujian-ujian saringan, diagnostil dan
lain-lain. Masalah penguasaan kemahiran dan ciri-ciri murid pemulihan telah dibahagikan beberapa factor iaitu lisan (
mendengar, bertutur, penggunaan bahagian atrikulasi, suara dan Bahasa ibunda ),
membaca, tulisan dan matematik. Pendidikan pemulihan bahasa Melayu amat
dititik- beratkan kerana kebanyakkan murid cina lemah dalam bahasa Melayu.