Gambar Rajah 1
Isu mengenai pendidikan pemulihan seringkali ditimbulkan setiap kali keputusan Ujian Saringan Sekolah Rendah (SJKC) dikeluarkan. Masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah dari segi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Mengikut kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar pada tahun 2005, seramai 120,000 murid sekolah rendah atau 2.2 peratus daripada jumlah keseluruhan murid sekolah tahun 2005 tidak menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Ketua
Pengarah Pendidikan turut memandang serius masalah murid tidak menguasai
kemahiran 3M kerana masa depan murid terbabit akan terjejas dan mudah terjebak
dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral, sekali gus turut menyebabkan remaja
terbabit terlibat dengan gejala sosial.
Sebenarnya,
pendidikan pemulihan di Malaysia bermula pada tahun 1965, 3 orang guru yang
mendapat latihan di England kembali berkhidmat di Malaysia. Pada tahun 1968, seramai 9 orang guru telah
mendapat latihan di luar negara. Program
pendidikan pemulihan di Malaysia bermula sebagai ’Pilot Projek’ di sembilan
buah sekolah rendah di seluruh Malaysia pada awal tahun 1967 dan berakhir pada
tahun 1970. Daripada kajian yang
dijalankan terhadap sekolah-sekolah tersebut, didapati Program Pendidikan
Pemulihan sangatlah diperlukan bagi membantu murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran.
Berdasarkan
Laporan Murad 1971, didapati 25% murid-murid sekolah rendah telah
tercicir. Peratusan keciciran
murid-murid sekolah rendah menguasai kemahiran-kemahiran 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira yang tinggi menyedarkan kerajaan kepentingan Program
Pendidikan Pemulihan. Pada tahun 1975,
seminar Program Pendidikan Pemulihan yang pertama telah diadakan di Universiti
Malaya.
Pada tahun 1975 juga, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam Pendidikan
Imbuhan untuk sekolah rendah bawah di 12 buah sekolah dengan menggunakan
strategi pendidikan pemulihan yang dijalankan oleh guru kelas biasa. Murid-murid yang terlibat dalam projek ini
ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu,
Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran yang kompleks akan dibimbing oleh guru pemulihan khas.
Projek Pendidikan Imbuhan ini lebih menekankan kepada
kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan dari status ekonomi sosial yang
rendah. Mereka diberi bantuan dari segi
makanan tambahan, pinjaman buku teks dan program pembangunan masyarakat. Walau bagaimanapun, projek ini tidak berjaya kerana kanak-kanak lain yang mendapat faedah dan menyebabkan
masih ada lagi kanak-kanak yang tercicir.
Projek ini dihentikan dan ditumpukan terus kepada Pendidikan Pemulihan
Khas.
Pada tahun yang sama juga, Kementerian Pendidikan Malaysia
mengadakan Kursus Dalam Cuti (KDC). Peserta-peserta kursus adalah terdiri dari
guru-guru terlatih dari sekolah-sekolah rendah.
Guru-guru yang menyertai Kursus Dalam Cuti (KDC) akan menyertai latihan
2 minggu dalam cuti penggal pertama dan kedua serta 4 minggu dalam cuti penggal
ketiga. Matlamat utama kerajaan di bawah
pengelolaan Jabatan Pendidikan Malaysia ialah menyediakan setiap sekolah rendah
dengan guru pemulihan yang terlatih.
Beberapa Maktab Perguruan (Institut Pendidikan Guru) di
seluruh negara juga telah menyediakan kursus pendidikan pemulihan. Pada tahun 1977, kursus satu tahun telah
dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Pada tahun 1981, Kementerian telah mengadakan
kursus dalam cuti penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan
untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang mempunyai latihan khas
jangka pendek.
Pada tahun 1983, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). “Kurikulum Baru Sekolah Rendah ini memberi
penekanan kepada kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Penguasaan kemahiran dan pengeta
huan akan
dapat dicapai sekiranya aktiviti-aktiviti di bilik darjah adalah menarik,
bermakna, berkaitan dan berguna kepada murid.”
Program KBSR mencerminkan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk meningkatkan lagi prestasi murid-murid sekolah rendah.
“Antara keistimewaan yang terdapat pada kurikulum baru
ini ialah program pemulihan dan pengkayaan.
Murid-murid yang menghadapi kesukaran menguasai sesuatu kemahiran akan
diberi program pemulihan supaya mereka dapat memperoleh taraf pencapaian yang
memuaskan.” Program pemulihan yang
disarankan menekankan pencapaian individu dan bukan untuk ‘menormalkan’
pencapaian mereka. Baru-baru ini, KBSR
diperkukuh serta ditambah baik dengan diperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Antara penambahbaikkannya
ialah memperkenalkan subjek Bahasa Inggeris dalam kelas pemulihan khas.
No comments:
Post a Comment