PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS DI MALAYSIA

3.7 Program Pendidikan Pemulihan Khas di Malaysia


Program Pendidikan Pemulihan Khas dijalankan bertujuan menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan kemahiran 3M kalangan murid. Menurut Laporan Murad 1972 menyatakan bahawa terdapat 25% murid-murid sekolah rendah tercicir dan tidak menguasai kemahiran 3M. Manakala, Laporan akhbar Berita Harian 27 November 2007 menyatakan sebanyak 100,000 murid Tahun 1 tidak menguasai kemahiran 3M. Program Pendidikan Pemulihan dilaksanakan dalam kelas khas secara sistem ‘ withdrawal’. Guru kelayakan akan menjalankan P&P dalam kelas khas pemulihan. Murid yang ditempatkan kelas khas perlu menjalankan prosedur pelaksanaan kelas Pendidikan Pemulihan.
 Program Literasi dan Numerasi (LINUS) ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

LITERASI adalah keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI
TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.


Numerasi adalah idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

Program Pendidikan Pemulihan Khas Murid Orang Asli (PKMOA) peringkat rendah bertujuan melahirkan insan yang seimbang selaras dengan hasrat FPK dan KBSR iaitu Individu yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa Kebangsaan dan bahasa Rasmi negara kita , Malaysia. Jadi, diwajibkan rakyat negara untuk menguaisa bahasa ini dengan baik, orang asli juga tidak dikecualikan. Program ini adalah dirancangkan oleh Kementerian Pendidikan untuk membantu orang asli yang tidak menguasai kemahiran asas lisan, baca dan tulis. Sukatan P&P mereka adalah berdasarkan sukatan Bahasa Melayu KBSR.

Program Tiga M ( PROTIM) adalah salah satu program yang mirip dengan tujuan pendidikan pemulihan. Program ini adalah untuk membantu murid yang mengalami masalah dalam penguasaan 3M, meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk minat murid dalam pembelajaran. Murid akan dicalonkan seperti program pendidikan pemulihan iaitu melalui ujian saringan dan ujian diagnostik. Murid Tahun 2 atau 3 biasanya terlibat dalam pencalonan, manakala murd Tahun 4 dan 5 akan ditentukan dengan rundingan antara guru dan organisasi.



Kelas Intervensi Awal 2M ( KIA2M) bertujuan untuk membantu murid Tahun 1 yang gagal atau lambat menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. KIA2M dijalankan oleh guru Bahasa Melayu Tahun 1. P&P subjek lain dalam bahasa Melayu untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran bahasa ini. Contohnya Pendidikan Jasmani, muzik dan seni dalam bahasa Melayu. Masa pelaksanaan program ini adalah 3-6 bulan tetapi masa pelaksanaan boleh ditetapkan oleh pihak sekolah.


No comments:

Post a Comment