PERKEMBANGAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN DI SJKC

3.6  Perkembangan pelaksanaan program pendidikan pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Program pendidikan pemulihan adalah satu rancangan pembelajaran membantu murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran atau kesukaran untuk menguasai kemahiran-kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Di bawah program pendidikan pemulihan, berbagai-bagai kaedah yang sesuai, menarik dan sedia ada membantu murid-murid pemulihan menguasai 3M.
Di SJKC, program pendidikan pemulihan meliputi subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. (Bahasa Inggeris merupakan subjek baru yang ditambah di bawah KSSR) pelaksanaan  kelas pemulihan biasanya kelas pemulihan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ini disebabkan murid-murid cina di sekolah cina yang telah menguasai bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Mandarin. Justeru, bahasa ibunda menjadi datu halangan kepada murid-murid untuk menguasai bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kini, kelas pemulihan yang wujud dalam sekolah rendah menggunakan satu cara penyusunan “ Jadual Mengajar”.  Murid –murid akan meninggalkan kelas untuk subjek bahasa Melayu atau Matematik. Sekarang SJKC sedang menjalankan Pendidikan Pemulihan LINUS ( Literasi dan Numerasi). Di SJKC mengutamakan “LI” iaitu bahasa seperti bacaan, tulisan.
            Dulu, bilik darjah pemulihan adalah bilik darjah yang terbiar atau sebelah tandas serta lorong-lorong sekolah sahaja. Murid-murid masalah pembelajaran yang perlu belajar di keadaan yang teruk akan menyebabkan mereka berasa mereka adalah golongan yang terbiar dan dipinggirkan. Manakala, di SJKC, kelas pemulihan yang ada hanya 2 hingga 3 kelas sahaja yang bukannya bilik darjah yang sebesar bilik darjah biasa. Biasanya hanya 2 bay sahaja.  Sekumpulan murid-murid yang tidak melebihi 15 orang dalam satu kelas untuk memudahkan menjalankan P&P dalam kelas yang lebih kecil. Tetapi, sekarang SJKC sedang meningkatkan kemudahan P&P, bahan bantu mengajar, keadaan yang selesa untuk murid-murid pemulihan.
            Bilik darjah kelas pemulihan yang telah dipenuhi dengan kemudahan-kemudahan teknologi seperti penggunaan wifi, LCD, radio yang dapat memberi P&P dalam bentuk visual dan audio, bahan bantu mengajar seperti kad-kad perkataan, gambar-gambar haiwan dan sebagainya untuk memberi gambaran yang jelas serta bukannya ajaran secara abstrak, sudut bacaan yang memaparkan isi-isi P&P kelas atau hasil-hasil kerja murid sebagai satu tanda dorongan dan penghargaan, almari-almari yang meletakkan barang keperluan murid untuk kegunaan kecemasan, ruang bilik yang lebih selesa, meja kerusi yang mencukupi dan sebagainya.

Kadang-kala terdapat dua orang guru Pemulihan di sebuah SJKC yang bertanggujawab mengajar murid pemulihan. Mereka adalah guru yang tamat kursus di Institut Pendidikan Guru. Mereka adalah golongan yang pakar dalam bidang memulihkan masalah pembelajaran murid.  Berbanding dengan masa dahulu, guru yang tiada kelayakan sebenarnya yang akan mengajar murid-murid pemulihan. Guru biasa tidak dapat memahami dan keadaan murid masalah pembelajaran dan mereka akan memandang rendah terhadap murid pemulihan. Seorang guru akan menjaga satu kelas murid pemulihan bahasa Melayu. Masa P&P murid pemulihan adalah 45 minit untuk satu subjek. Dalam masa yang singkat ini, guru Pemulihan akan menjalankan P&P dengan pengasingan murid-murid kepada kumpulan yang berbeza. Guru pemulihan akan menyediakan aktiviti yang berbeza berdasarkan tahap penguasaan bahasa Melayu yang berbeza.

No comments:

Post a Comment