KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM



i.              Guru Kelas
Mencalonkan murid melalui pencapaian 3M ( membaca, mengira dan menulis) berdasarkan hasil kerja dan keputusan ujian dalam kelas biasa.

ii.            Guru Mata Pelajaran
Guru mata pelajaran bahasa Melayu da Matematik layak mencalonkan murid ke dalam kelas pemulihan.

iii.           Guru Besar
Guru besar mencalonkan murid berdasarkan pemerhatian beliau.

iv.           Ibu bapa
Ibu bapa yang mengesan anak mereka menghadapi masalah pembelajaran boleh mencalonkan anak mereka belajar dalam kelas pemulihan

a.    Pengumpukan maklumat
Mengumpulkan butir-butir dan prestasi murid sebagai rujukan kepada guru untuk memahami murid secara mendalam.

Butiran yang dikumpulkan”
  • Rekod-rekod sekolah - Peribadi, Prestasi dan Kesihatan.
  • Perbincangan dengan Guru Besar.
  • Perbincangan dengan Guru Kelas.
  • Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga.
  • Borang Rujukan.
  • Pemerhatian oleh Guru Pemulihan.



Guru dapat memahami murid dari segi:
  • Kesihatan dan sosio-ekonomi keluarga
  • Kehadiran dan ketetapan masa ke sekolah
  • Perkembangan sosial
  • Tingkah laku dan kegemaran
  • Kelemahan dalam mata pelajaran asas



b.    Ujian Saringan
Ujian saringan ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam mata pelajaran asas. Ujian yang meliputi kerja yang diajar oleh guru kelas.  Ujian ini akan menyenangkan seseorang guru pemulihan menempatkan murid-murid ke dalam kumpulan yang berprestasi sama taraf. Ujian ini juga boleh membantu guru peulihan untuk merancang kerja-kerja diagnostik atau mencari punca kelemahan murid. Senarai kemahiran ditentu dan direkod dalam jadual penentuan ujian. Ujian akan dijalankan selepas pencalonan dibuat. Keputusan ujian akan disimpan dan direkod dalam borang rekod ujian sebagai portfolio murid. 
Bentuk ujian saringan:
  • Ujian umum dan pendek
  • Ujian diberi kepada murid kurang daripada 20 orang pada masa yang sama
  • Kawasan-kawasan kemahiran diuji seimbang
  • Arahan yang jelas dan mudah difahami
  • Persekitaran muris mengambil ujian selesa
  • Penilaian yang adil
  • Format ujian yang dijalankan ( lisan, bertulis atau amali)


a.    Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik pendidikan pemulihan ialah satu jenis ujian formatif yang dapat mengesankan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan murid. Punca kegagalan penguasaan kemahiran calon dapat dikesan. Ujian diagnostik pengamatan dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu lisan, membaca, bahasa penulisan dan matematik.
            Tujuan :
i.              Uji tahap kelemahan
ii.             Memudahkan pembahagian kumpulan
iii.            Menentukan akitivti yang sesuai untuk dijalankan
iv.           Membolehkan guru membuat RPH
            Pengamatan
-       Satu corak gambaran atau pergertian yang tersirat dalam fikiran seseorang apabila dia menggunakan pancainderannya telah tertarik dengan rangsangan dari luar. 

            Lisan(individu)


-       Mengesan kelemahan pertuturan murid, penguasaan ejaan, gerak mata, gagap, membaca dan sebagainya.

           Tulisan( kumpulan kecil dengan 4 orang)


-       Mengesan kelemahan murid dari segi penulisan, pergerakkan tangan dan mata dan sebagainya.




         e.    Susulan
Selepas murid pemulihan berjaya mendapat keputusan yang baik dan menguasai kemahiran-kemahiran selepas P&P dalam kelas pemulihan akan dihantar balik ke kelas biasa untuk meneruskan P&P. Kerjasama guru kelas dan guru pemulihan dalam memperkukuhkan kemahiran murid tersebut. Guru pemulihan pula akan memantau perkembangan murid pemulihan tersebut untuk memastikan murid dapat mengikuti P&P kelas biasa.












No comments:

Post a Comment