Thursday, 17 April 2014

PENGENALAN



Pada tahun 1983, Sistem Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR). Kurikulum ini merupakan satu usaha memberi fokus pada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Program pemulihan disediakan bagi membantu murid mengatasi masalah kelemahan khusus dalam pembelajaran dalam penguasaan 3M. Kumpulan yang tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran ini akan dicalonkan ke kelas pemulihan.
Terdapat beberapa pandangan mengenai definisi “ Pendidikan Pemulihan” . Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia dalam laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme of Educational Innovation for Development (1987), pengajaran pemulihan ialah ‘a process in which children with learning problems are given practical alternatives and effective approaches (programme) in education.’ Menurut Chua (1977), pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Menurut Koh Boh Boon (1982), konsep program pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya  kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.  Ia melibatkan murid-murid lambat, iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain.  Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya.
Dalam buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas, pengajaran pendidikan pemulihan khas adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.  Program Pendidikan Pemulihan lebih menjurus kepada memenuhi keperluan murid-murid yang gagal mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas biasa.  Sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia ialah memastikan semua murid-murid Tahap 1 menguasai kemahiran-kemahiran 3M. Kaedah pelaksanaan yang sistematik seperti pecalonan, ujian-ujian saringan, diagnostil dan lain-lain.  Masalah penguasaan kemahiran dan ciri-ciri  murid pemulihan telah  dibahagikan beberapa factor iaitu lisan ( mendengar, bertutur, penggunaan bahagian atrikulasi, suara dan Bahasa ibunda ), membaca, tulisan dan matematik. Pendidikan pemulihan bahasa Melayu amat dititik- beratkan kerana kebanyakkan murid cina lemah dalam bahasa Melayu.